Pokok
petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak
tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai
kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain.
Selain itu buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan
vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). Yang paling
berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di
pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik.
KHASIAT PERUBATAN PETAI
Biji Petai
Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.
Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.
Akar (kulit akar)
Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.
Khasiat Petai Belalang
Petai belalang kecil buahnya dan boleh di dapati di kawasan
kampung.Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, caranya
ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah
petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia
setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah
pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa
doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.
ini adalah pokok petai
ini adalah buah petai yang telah dipasahkan dari kulitnya....
Apabila sudah dipisahkan..kita juga boleh makan terus atau jadikan msakan seperti di atas..
ini adalah gambar petai belalang...petai ini adalah berbeza dengan petai diatas kerana saiznya yg kecil dan cute..
by : meca
nice sharing meca .
ReplyDelete