Daun merunggai boleh mengubati payudara
bengkak, terutama di kalangan ibu yang baru bersalin. Sapu daun yang
ditumbuk lumat pada bahagian yang bengkak. Bagi memulihkan badan ibu,
akarnya ditumbuk dan disapu pada perut ibu yang baru bersalin sebagai
bebat. Makanan daripada daun merunggai dan buah merunggai boleh
bertindak sebagai pelawas sembelit. Daun dan akar juga boleh digunakan
untuk mengubati penyakit sifilis dan busung darah. Manakala daunnya
dimakan untuk mengubati penyakit gonorea. Dalam perubatan India, akar
merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang
dalam. Daunnya pula dijadikan penawar gigitan anjing, muntah-muntah dan
mengurangkan aliran susu ibu.

NAMA HERBA : Merunggai, Ramunggai, Rembugai, Lembugai, Kacang Kelur.
NAMA SAINTIFIK : Moringa Oleifera Lam.
NAMA SAINTIFIK : Moringa Oleifera Lam.
BOTANI :
Ditanam secara biji tetapi lebih kerap ditanam secara keratan dahan yang dicucuk terus di tapak tanaman. Daun majmuk terbahagi 2 atau 3 helai daun kecil dan banyak pada setiap daun. Bunga kecil dalam jambak yang besar, berwarna putih atau kuning muda dan wangi.
Ditanam secara biji tetapi lebih kerap ditanam secara keratan dahan yang dicucuk terus di tapak tanaman. Daun majmuk terbahagi 2 atau 3 helai daun kecil dan banyak pada setiap daun. Bunga kecil dalam jambak yang besar, berwarna putih atau kuning muda dan wangi.
PILIHAN TERBAIK: Kesedapan yang tak terhingga, Keranggupan yang tahan lama.

KEGUNAAN :
Merunggai juga dikenali sebagai ramunggai, rembugai, lembugai, pemanggai dan kacang kelur. Nama sainsnya ialah Moringa oleifera dan sinonim dengan nama moringa ptergyosperma. Dalam bahasa inggeris ia disebut horse-raddish tree yang bermakna pokok lobak kuda.
Merunggai juga dikenali sebagai ramunggai, rembugai, lembugai, pemanggai dan kacang kelur. Nama sainsnya ialah Moringa oleifera dan sinonim dengan nama moringa ptergyosperma. Dalam bahasa inggeris ia disebut horse-raddish tree yang bermakna pokok lobak kuda.
Seluruh bahagian pokok terutamanya daun
digunakan sebagai herba untuk melawaskan pembuangan air kecil, membantu
penghadaman, penawar keracunan darah dan ubat salap. Biji dijadikan
minyak untuk gout atau rheumatisme. Daun ditumbuk lumat ditampal atas
perut untuk mengeluarkan cacing. Akar direbus dan diminum sebagai tonik,
merangsang haid, penawar racun, penawar penyakit kulit, selsema, kurang
daya fizikal, skurvi dan tonik paru-paru.

Pokok ini berasal dari India dan ia
tumbuh liar di kawasan utara India tetapi ditanam juga sejak dahulu
kala. Kini pokok ini banyak ditanam dipelbagai kawasan Tropika dan
Subtropika. Buah muda, buah matang yang belum keras dan daun merunggai
sering dibuat lauk, biasanya dimasak kari atau digoreng seperti sayur.
Buah merunggai biasanya dikaitkan dengan orang India kerana kaum India
yang biasa menanam pokok merunggai. Di India, kari merungggai di tin dan
dieksport. Biji muda merunggai boleh dimasak seperti kacang pea dan
bijinya yang matang juga dipangggang seperti kacang goreng. Orang
Filipina juga memakan dan menanam merunggai. Orang Bahamas dan Jamaica
meminum air rebusan daun merunggai seperti meminum teh atau kopi.
Akar merunggai mengandungi sejenis
glukosit yang menghasilkan rasa pedas seperti biji sawa atau lobak
putih. Akar merunggai boleh dibuat sos seperti sos lobak kuda yang
tulin. Ranting, daun, bungan dan buah juga boleh digunakan sebagai
perisa tetapi tidak kuat seperti akar. Merunggai mempunyai pelbagai
kegunaan dalam perubatan tradisional. Daun merunggai dikatakan boleh
mengubati buah dada yang bengkak, terutama dikalangan ibu yang baru
bersalin. Akarnya ditumbuk dan disapu kepada perut inu yang baru
bersalin sebagai bebat memulihkan badan ibu. Makanan dari daun dan buah
merunggai boleh bertindak sebagai pelawas sembelit. Daun dan akar
merunggai dikatakan boleh mengubati sifilis dan busung darah. Sementara
daunnya dimakan untuk mengubati penyakit gonorea. Walau bagaimanapun
terlalu banyak memakan akar merunggai dikatakan boleh menggugurkan anak
dalam kandungan.
Dalam perubatan India, akar merunggai
digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang dalam.
Sementara daunnya digunakan sebagai penawar gigitan anjing,
muntah-muntah dan untuk mengurangkan aliran susu ibu. Di Jawa, akar
merunggai digunakan untuk mengubati rasa kebas, penyakit beri-beri dan
pelbagai penyakit kulit. Batang pokok yang luka akan mengeluarkan
sejenis gam yang berguna sebagai ubat di India dan Jawa. Orang India
menggunakannya untuk mengubati kelenjar yang bengkak dan orang Jawa
menggunakannnya untuk mengubati sakit usus. Di kawasan Amerika Tengah
terutama di Curacao, akar merunggai di cuci bersih dan cecair dalam akar
dihisap dan ia dikatakan boleh menjadi penawar selesema. Di sesetengah
negara lain, kulit dan akar yang dihancurkan dijadikan ubat sapu,
bijinya dibancuh seperti teh dan diminum untuk melegakan demam panas dan
juga sebagai pelawas buang air besar. Ada juga yang menggunakan akar
kering sebagai penawar untuk mengubati penyakit malaria dan penyakit
buah pinggang. Orang Puerto Rico memakan daun merunggai sebagai pelawas
buang air besar. Di Bahamas, air rebusan bunga merunggai dicampur dengan
limau nipis sebelum diminum juga untuk sebagai pelawas buang air besar.
Orang Aruba menghancurkan biji merunggai dan menyapukannya pada badan
yang ada ketuat untuk menghilangkan ketuat itu. Di Venezuela, air
rebusan daun dan biji merunggai boleh diminum sebagai julap dan untuk
mengeluarkan cacing yang ada di dalam perut dan usus. Orang Curacao
merendam akar yang telah dihancurkan didalam rum dan digunakan sebagai
ubat sapu bagi menyembuhkan sakit otot jenis reumatisme.
Buah merunggai juga mempunyai kegunaan
dalam istiadat kepercayaan tradisional iaitu bagi menghalau hantu. Jika
ada orang yang dirasuki hantu, kepalanya atau badannya disebat dengan
merunggai segar untuk menghalau hantu keluar dari badan mangsa dan
meninggalkan tempat itu. Biji merunggai didapati mengandungi minyak yang
boleh digunakan untuk memasak, membuat sabun dan sebagai minyak
pelincir mesin. Ia juga adalah digunakan sebagai minyak asas bagi minyak
wangi. Minyak ini sesuai untuk campuran salad dan ia jernih dan tidak
berbau. Minyak ini jika terbakar akan mengeluarkan api yang terang dan
tidak berasap.
Walau bagaimanapun, kegunaan merunggai
sebagai bahan ubatan perlu dilakukan dengan berhati-hati. Kulit kayu
merunggai mengandungi B-sitosterol dan beberapa jenis alkaloid. Daun
segar yang dihancurkan dan disapu pada kulit jika berlebihan akan
menyebabkan kulit berasa gatal dan di peringkat yang ekstrem boleh
melecurkan kulit.
No comments:
Post a Comment