Assalamualaikum guys..... Korang pernah tengok daun herba nih tidak? Ini
orang tua dulu2 panggil daun Jarum Tujuh Bilah. Nama pelik tapi khasiat
daun ini memang terbukti boleh mengubati pelbagai penyakit terutama
KANSER. Mungkin banyak katagori kanser yang dapat pulih dari memakan
daun herba ini selain herba Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass dan Keladi Tikus.
Daun Jarum Tujuh Bilah ini kerana salah seorang sahabat abang ipar aku
pulih dalam masa 3 bulan sahaja kerana setiap hari dia makan mentah2
daun Jarum Tujuh Bilah. Beliau mempunyai penyakit Kanser jenis Lymphoma.
Herba daun Tujuh Bilah ini tidak pahit dan rasanya seakan2 macam makan
jantung pisang kerana sedikit licin seperti jelly atau berlendir. Memang
sedap dibuat ulam2an. Kalau di rendam dengan air suam untuk dibuat teh,
daun ini akan menjadi lembut dan mudah dikunyah...
Inilah pokok herba daun Jarum Tujuh Bilah yang di tanam di belakang
rumah. Lebat dan kadang2 berbunga. Cantik bunga daun herba ini tapi tak
sempat nak share dengan korang.
Daun herba Tujuh Bilah ini boleh dimakan begitu sahaja dengan
mengambil setiap hari 3 atau 4 helai atau rendamkan ke dalam segelas air
suam selama 15 minit. Dahulukan dengan bacaan AL Fatihah dan selawat
Syifa, kemudian minum hingga habis dan dimakan sekali daunnya. Selepas
pengambilan daun ini elakkan mengambil minuman lain selama 1 jam...
Mak mertuaku rajin menanam herba2 yang boleh mengubati pelbagai
penyakit. Selain rawatan penyakit, kami sekeluarga memang gemar makan
ulaman mentah2. Lagi2 bila dapat tahu ulam itu sangat berkhasiat. Tak
rugi makan ulam2an nih. Lagi sihat ada..
Zoom lagi dekat.. Amacam pernah jumpakan? Kalau korang jumpa ler daun
nih pastikan korang ambil batangnya dan cucuk kat belakang rumah atau
pasu. Senang dijaga dan senang hidup. Tak rugi menanamnya kerana herba
ini sangat baik untuk mengubat pelbagai penyakit KANSER dan penyakit
yang berjangkit. Kita mencuba dan berusaha sahaja. Selebihnya kita
berdoa dan berserah pada-Nya agar penyakit2 itu dapat disembuhkan.
Nota
Selain amalan daun herba2 seperti SSG @ daun belalai gajah + keladi
tikus + Jarum tujuh bilah dan sebagainya, pastikan kita juga amalkan
solat2 sunat hajat + taubat + doa2 dan amalan ayat Quran yang pernah aku
berikan pada post2 yang lama. Korang boleh tengok di petua / kesihatan
dan berubat dengan doa.
P.S. Ok guys.. Kalau ada sebarang persoalan boleh tinggalkan komen.. Semoga cepat sembuh dengan izin-Nya.. Amin
Lagi satu guys kalo demand nk post bnyk2 ckp la awl2..
dik non.. harapnya jangan amalkan copy n paste entry orang 100 persen tanpa memberi kredit pd empunya posting.. ini banyak menggangu google search dan gambar2 entry saya.
ReplyDeleteterima kasih.. belajarlah untuk mecipta hak sendiri..