TUMBUHAN-TUMBUHAN HERBA
POKOK PUDAK
Pokok pudak atau dipanggil juga mengkuang laut, sebab banyak
terdapat ditepi pantai, atau nama saitifiknya pandanas tectorius, dari
keturunan mengkuang juga, daunnya boleh dibuat tikar sama seperti mengkuang,
mak kaknab pernah ambik daun ni buat tikar mengkuang.
BUAH DELIMA
Antara khasiat buah delima mengikut buku perubatan Parsi
termasuk:
- Membaikpulih fungsi hati dan limpa
- Mencuci buah pinggang dan salur kencing
- Membantu penghadamanMembuang lemak-lemak
berlebihan
- Menambah tenagaMengelakkan alahan bagi wanita
mengandung
- Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
POKOK BUNGA RAYA
Khasiat pokok bunga raya ialah daun bunga raya diramas2 di
pupuk ke kepala, boleh melebat dan menghitamkan rambut.
POKOK KEMANGI
Daun pokok kemangi dapat mengubati batuk kerana bersifat
narkotik ringan. Caranya dengan meramas daun dan menyapukannya pada leher atau
mengunyah lima helai daun di waktu pagi dan petang. Air rebusan daun yang
diminum mampu menyembuhkan selesema, resdung, asma dan membuang angin dalam
badan.
TERUNG PIPIT
Khasiat tumbuhan ini ialah dengan meminum air rebusan buah
ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu
akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.
POKOK MAMAM
Maman mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Dalam
tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan, Maman mengandungi air 88.3
g, protein (4.1 g), lemak (0.5 g), karbohidrat (3.5 g), serat (1.8 g), kalsium
(275 mg), fosforus (28 mg), ferum (8.1 mg), natrium (16 mg), kalium (269 mg),
karotena (5,816 ug), vitamin A (969 ug), vitamin B1 (0.14 mg), vitamin B2 (0.24
mg), niasin (1.4 mg) dan vitamin C (72. mg).Jadi ia amat baik untuk badan anda.
POKOK PEGAGA
Antara khasiat lain pegaga adalah penawar alahan, anti kanser,melawaskan air
kencing, penawar batu karang, penawar kencing berdarah, penawar ulser,
merangsang peredaran darah, merawat cirit birit, menurunkan tekanan darah.
POKOK KESUM
Daun pokok ini mujarab untuk mengubati masalah perut tidak
hadam dan masalah kelemumur. Untuk melegakan masalah perut tidak hadam. Daun
kesum direbus kemudian airnya diminum. Untuk merawat masalah kelemumur pula,
daun kesum ditumbuk kemudian diperah. Air perahan itu dicampur dengan sedikit
air sebelum digosok kekulit kepala. Biarkan 3-5 minit kemudian bilas dengan air
bersih.
POKOK SIREH
Antara khasiat daun pokok sireh ini ialah :
·
Menghentikan pendarahan gusi
·
Sakit gigi berlubang
·
Untuk mengobati mimisan.
·
Mengobati keputihan
·
Menghilangkan bau badan
·
Mengobati bau mulut
POKOK GELENGGANG
Khasiat bagi pengguna pokok gelenggang ialah ia dapat mengubati
kurap dan panau. Daun gelenggang yang segar dihancurkan, dicampur dengan
sedikit minyak tanah dan dilumurkannya pada tempat yang berkenaan. Daun pokok
ini juga dikatakan boleh digunakan untuk hilangkan jerawat.
POKOK SENDUDUK
Kegunaan pokok ini ialah untuk merawat luka kecil dengan
caranya melumatkan daun muda senduduk dan ditampalkan pada bahagian luka. Ia
berfungsi untuk menghentikan pengaliran darah dan menyembuhkan luka tersebut. Selain
itu, ia dapat merawat cirit birit. Akar senduduk yang dilumatkan bersama
daunnya dan ditampal pada cacar atau parut cacar, dipercayai dapat
menghilangkan kesan parut tersebut. Akar senduduk yang dikeringkan pula, kemudian
rebus dan diminum oleh ibu lepas bersalin(semasa dalam pantang) dapat
menyembuhkan luka, mengecut dan mengetatkan semula rahim.
POKOK SERAI KAYU
Pokok serai kayu atau nama lainnya pokok salam sesuai untuk
mengubat penyakit seperti kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi.Bahagian
yang digunakan termasuklah daun, akar, kulit batang dan buahnya.Untuk diabetis
melitus caranya dan tekanan darah tinggi, 20 helai daun salam direbus bersama
tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali sehari
sebelum makan pagi dan malam.Untuk mengubat cirit birit, daunnya direbus dan
disejukkan sebelum dicampur dengan sedikit garam sebelum diminum.Akar dan kulit
batang ia boleh digunakan untuk mengubat kudis dengan cara ditumbuk hingga
halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut.