-->
Secret of Life

widgeo.net

Wednesday, December 26, 2012

Lycopersicon Esculetum

TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.






petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.


Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.


Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.
 

SELAMAT MENCUBA! ( =

Posted by Unknown at 9:28 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KHASIAT PETAI

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik.


KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai

Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun

Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)

 Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang
Petai belalang kecil buahnya dan boleh di dapati di kawasan kampung.Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.





ini adalah pokok petai



ini adalah buah petai yang telah dipasahkan dari kulitnya....




Apabila sudah dipisahkan..kita juga boleh makan terus atau jadikan msakan seperti di atas..




         Selain itu,untuk lebih kreatif...kita juga boleh jadikan sebagai hantaran...dengan ini kita boleh kenal         pasangan kita suka makan petai yang berkhasiat nie...



ini adalah gambar petai belalang...petai ini adalah berbeza dengan petai diatas kerana saiznya yg kecil dan cute..

by : meca


Posted by Unknown at 8:04 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Khasiat merunggai



  • 18

Daun merunggai boleh mengubati payudara bengkak, terutama di kalangan ibu yang baru bersalin. Sapu daun yang ditumbuk lumat pada bahagian yang bengkak. Bagi memulihkan badan ibu, akarnya ditumbuk dan disapu pada perut ibu yang baru bersalin sebagai bebat. Makanan daripada daun merunggai dan buah merunggai boleh bertindak sebagai pelawas sembelit. Daun dan akar juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit sifilis dan busung darah. Manakala daunnya dimakan untuk mengubati penyakit gonorea. Dalam perubatan India, akar merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang dalam. Daunnya pula dijadikan penawar gigitan anjing, muntah-muntah dan mengurangkan aliran susu ibu.
NAMA HERBA : Merunggai, Ramunggai, Rembugai, Lembugai, Kacang Kelur.
NAMA SAINTIFIK : Moringa Oleifera Lam.
BOTANI :
Ditanam secara biji tetapi lebih kerap ditanam secara keratan dahan yang dicucuk terus di tapak tanaman. Daun majmuk terbahagi 2 atau 3 helai daun kecil dan banyak pada setiap daun. Bunga kecil dalam jambak yang besar, berwarna putih atau kuning muda dan wangi.
PILIHAN TERBAIK: Kesedapan yang tak terhingga, Keranggupan yang tahan lama.
KEGUNAAN :
Merunggai juga dikenali sebagai ramunggai, rembugai, lembugai, pemanggai dan kacang kelur. Nama sainsnya ialah Moringa oleifera dan sinonim dengan nama moringa ptergyosperma. Dalam bahasa inggeris ia disebut horse-raddish tree yang bermakna pokok lobak kuda.
Seluruh bahagian pokok terutamanya daun digunakan sebagai herba untuk melawaskan pembuangan air kecil, membantu penghadaman, penawar keracunan darah dan ubat salap. Biji dijadikan minyak untuk gout atau rheumatisme. Daun ditumbuk lumat ditampal atas perut untuk mengeluarkan cacing. Akar direbus dan diminum sebagai tonik, merangsang haid, penawar racun, penawar penyakit kulit, selsema, kurang daya fizikal, skurvi dan tonik paru-paru.
Pokok ini berasal dari India dan ia tumbuh liar di kawasan utara India tetapi ditanam juga sejak dahulu kala. Kini pokok ini banyak ditanam dipelbagai kawasan Tropika dan Subtropika. Buah muda, buah matang yang belum keras dan daun merunggai sering dibuat lauk, biasanya dimasak kari atau digoreng seperti sayur. Buah merunggai biasanya dikaitkan dengan orang India kerana kaum India yang biasa menanam pokok merunggai. Di India, kari merungggai di tin dan dieksport. Biji muda merunggai boleh dimasak seperti kacang pea dan bijinya yang matang juga dipangggang seperti kacang goreng. Orang Filipina juga memakan dan menanam merunggai. Orang Bahamas dan Jamaica meminum air rebusan daun merunggai seperti meminum teh atau kopi.
Akar merunggai mengandungi sejenis glukosit yang menghasilkan rasa pedas seperti biji sawa atau lobak putih. Akar merunggai boleh dibuat sos seperti sos lobak kuda yang tulin. Ranting, daun, bungan dan buah juga boleh digunakan sebagai perisa tetapi tidak kuat seperti akar. Merunggai mempunyai pelbagai kegunaan dalam perubatan tradisional. Daun merunggai dikatakan boleh mengubati buah dada yang bengkak, terutama dikalangan ibu yang baru bersalin. Akarnya ditumbuk dan disapu kepada perut inu yang baru bersalin sebagai bebat memulihkan badan ibu. Makanan dari daun dan buah merunggai boleh bertindak sebagai pelawas sembelit. Daun dan akar merunggai dikatakan boleh mengubati sifilis dan busung darah. Sementara daunnya dimakan untuk mengubati penyakit gonorea. Walau bagaimanapun terlalu banyak memakan akar merunggai dikatakan boleh menggugurkan anak dalam kandungan.
Dalam perubatan India, akar merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang dalam. Sementara daunnya digunakan sebagai penawar gigitan anjing, muntah-muntah dan untuk mengurangkan aliran susu ibu. Di Jawa, akar merunggai digunakan untuk mengubati rasa kebas, penyakit beri-beri dan pelbagai penyakit kulit. Batang pokok yang luka akan mengeluarkan sejenis gam yang berguna sebagai ubat di India dan Jawa. Orang India menggunakannya untuk mengubati kelenjar yang bengkak dan orang Jawa menggunakannnya untuk mengubati sakit usus. Di kawasan Amerika Tengah terutama di Curacao, akar merunggai di cuci bersih dan cecair dalam akar dihisap dan ia dikatakan boleh menjadi penawar selesema. Di sesetengah negara lain, kulit dan akar yang dihancurkan dijadikan ubat sapu, bijinya dibancuh seperti teh dan diminum untuk melegakan demam panas dan juga sebagai pelawas buang air besar. Ada juga yang menggunakan akar kering sebagai penawar untuk mengubati penyakit malaria dan penyakit buah pinggang. Orang Puerto Rico memakan daun merunggai sebagai pelawas buang air besar. Di Bahamas, air rebusan bunga merunggai dicampur dengan limau nipis sebelum diminum juga untuk sebagai pelawas buang air besar. Orang Aruba menghancurkan biji merunggai dan menyapukannya pada badan yang ada ketuat untuk menghilangkan ketuat itu. Di Venezuela, air rebusan daun dan biji merunggai boleh diminum sebagai julap dan untuk mengeluarkan cacing yang ada di dalam perut dan usus. Orang Curacao merendam akar yang telah dihancurkan didalam rum dan digunakan sebagai ubat sapu bagi menyembuhkan sakit otot jenis reumatisme.
Buah merunggai juga mempunyai kegunaan dalam istiadat kepercayaan tradisional iaitu bagi menghalau hantu. Jika ada orang yang dirasuki hantu, kepalanya atau badannya disebat dengan merunggai segar untuk menghalau hantu keluar dari badan mangsa dan meninggalkan tempat itu. Biji merunggai didapati mengandungi minyak yang boleh digunakan untuk memasak, membuat sabun dan sebagai minyak pelincir mesin. Ia juga adalah digunakan sebagai minyak asas bagi minyak wangi. Minyak ini sesuai untuk campuran salad dan ia jernih dan tidak berbau. Minyak ini jika terbakar akan mengeluarkan api yang terang dan tidak berasap.
Walau bagaimanapun, kegunaan merunggai sebagai bahan ubatan perlu dilakukan dengan berhati-hati. Kulit kayu merunggai mengandungi B-sitosterol dan beberapa jenis alkaloid. Daun segar yang dihancurkan dan disapu pada kulit jika berlebihan akan menyebabkan kulit berasa gatal dan di peringkat yang ekstrem boleh melecurkan kulit.
Posted by Unknown at 5:58 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Daun Jarum Tujuh Bilah merawat Kanser dan penyakit lain

Assalamualaikum guys..... Korang pernah tengok daun herba nih tidak? Ini orang tua dulu2 panggil daun Jarum Tujuh Bilah. Nama pelik tapi khasiat daun ini memang terbukti boleh mengubati pelbagai penyakit terutama KANSER.  Mungkin banyak katagori kanser yang dapat pulih dari memakan daun herba ini selain herba Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass dan Keladi Tikus. 
Daun Jarum Tujuh Bilah ini kerana salah seorang sahabat abang ipar aku pulih dalam masa 3 bulan sahaja kerana setiap hari dia makan mentah2 daun Jarum Tujuh Bilah. Beliau mempunyai penyakit Kanser jenis Lymphoma. Herba daun Tujuh Bilah ini tidak pahit dan rasanya seakan2 macam makan jantung pisang kerana sedikit licin seperti jelly atau berlendir. Memang sedap dibuat ulam2an. Kalau di rendam dengan air suam untuk dibuat teh, daun ini akan menjadi lembut dan mudah dikunyah... 

 
Inilah pokok herba daun Jarum Tujuh Bilah yang di tanam di belakang rumah. Lebat dan kadang2 berbunga. Cantik bunga daun herba ini tapi tak sempat nak share dengan korang.
Daun herba Tujuh Bilah ini boleh dimakan begitu sahaja dengan mengambil setiap hari 3 atau 4 helai atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama 15 minit. Dahulukan dengan bacaan AL Fatihah dan selawat Syifa, kemudian minum hingga habis dan dimakan sekali daunnya. Selepas pengambilan daun ini elakkan mengambil minuman lain selama 1 jam... 
Mak mertuaku rajin menanam herba2 yang boleh mengubati pelbagai penyakit. Selain rawatan penyakit, kami sekeluarga memang gemar makan ulaman mentah2. Lagi2 bila dapat tahu ulam itu sangat berkhasiat. Tak rugi makan ulam2an nih. Lagi sihat ada..
Zoom lagi dekat.. Amacam pernah jumpakan? Kalau korang jumpa ler daun nih pastikan korang ambil batangnya dan cucuk kat belakang rumah atau pasu. Senang dijaga dan senang hidup. Tak rugi menanamnya kerana herba ini sangat baik untuk mengubat pelbagai penyakit KANSER dan penyakit yang berjangkit. Kita mencuba dan berusaha sahaja. Selebihnya kita berdoa dan berserah pada-Nya agar penyakit2 itu dapat disembuhkan.
Nota
Selain amalan daun herba2 seperti SSG @ daun belalai gajah + keladi tikus + Jarum tujuh bilah dan sebagainya, pastikan kita juga amalkan solat2 sunat hajat + taubat + doa2 dan amalan ayat Quran yang pernah aku berikan pada post2 yang lama. Korang boleh tengok di petua / kesihatan dan berubat dengan doa.
P.S. Ok guys.. Kalau ada sebarang persoalan boleh tinggalkan komen.. Semoga cepat sembuh dengan izin-Nya.. Amin
Lagi satu guys kalo demand nk post bnyk2 ckp la awl2..
Posted by Unknown at 5:47 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, December 25, 2012



TUMBUHAN-TUMBUHAN HERBA


POKOK PUDAK









Pokok pudak atau dipanggil juga mengkuang laut, sebab banyak terdapat ditepi pantai, atau nama saitifiknya pandanas tectorius, dari keturunan mengkuang juga, daunnya boleh dibuat tikar sama seperti mengkuang, mak kaknab pernah ambik daun ni buat tikar mengkuang.



BUAH DELIMA










Antara khasiat buah delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk:
  •  Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  •   Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  •    Membantu penghadamanMembuang lemak-lemak berlebihan
  •    Menambah tenagaMengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  •     Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause



POKOK BUNGA RAYA











Khasiat pokok bunga raya ialah daun bunga raya diramas2 di pupuk ke kepala, boleh melebat dan menghitamkan rambut.



POKOK KEMANGI










Daun pokok kemangi dapat mengubati batuk kerana bersifat narkotik ringan. Caranya dengan meramas daun dan menyapukannya pada leher atau mengunyah lima helai daun di waktu pagi dan petang. Air rebusan daun yang diminum mampu menyembuhkan selesema, resdung, asma dan membuang angin dalam badan.



TERUNG PIPIT










Khasiat tumbuhan ini ialah dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.



POKOK MAMAM












Maman mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan, Maman mengandungi air 88.3 g, protein (4.1 g), lemak (0.5 g), karbohidrat (3.5 g), serat (1.8 g), kalsium (275 mg), fosforus (28 mg), ferum (8.1 mg), natrium (16 mg), kalium (269 mg), karotena (5,816 ug), vitamin A (969 ug), vitamin B1 (0.14 mg), vitamin B2 (0.24 mg), niasin (1.4 mg) dan vitamin C (72. mg).Jadi ia amat baik untuk badan anda.



POKOK PEGAGA










Antara khasiat lain pegaga adalah  penawar alahan, anti kanser,melawaskan air kencing, penawar batu karang, penawar kencing berdarah, penawar ulser, merangsang peredaran darah, merawat cirit birit, menurunkan tekanan darah.



POKOK KESUM












Daun pokok ini mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur. Untuk melegakan masalah perut tidak hadam. Daun kesum direbus kemudian airnya diminum. Untuk merawat masalah kelemumur pula, daun kesum ditumbuk kemudian diperah. Air perahan itu dicampur dengan sedikit air sebelum digosok kekulit kepala. Biarkan 3-5 minit kemudian bilas dengan air bersih.



POKOK SIREH











Antara khasiat daun pokok sireh ini ialah :
·         Menghentikan pendarahan gusi
·         Sakit gigi berlubang
·         Untuk mengobati mimisan.
·         Mengobati keputihan
·         Menghilangkan bau badan
·         Mengobati bau mulut



POKOK GELENGGANG










Khasiat bagi pengguna pokok gelenggang ialah ia dapat mengubati kurap dan panau. Daun gelenggang yang segar dihancurkan, dicampur dengan sedikit minyak tanah dan dilumurkannya pada tempat yang berkenaan. Daun pokok ini juga dikatakan boleh digunakan untuk hilangkan jerawat.



POKOK SENDUDUK










Kegunaan pokok ini ialah untuk merawat luka kecil dengan caranya melumatkan daun muda senduduk dan ditampalkan pada bahagian luka. Ia berfungsi untuk menghentikan pengaliran darah dan menyembuhkan luka tersebut. Selain itu, ia dapat merawat cirit birit. Akar senduduk yang dilumatkan bersama daunnya dan ditampal pada cacar atau parut cacar, dipercayai dapat menghilangkan kesan parut tersebut. Akar senduduk yang dikeringkan pula, kemudian rebus dan diminum oleh ibu lepas bersalin(semasa dalam pantang) dapat menyembuhkan luka, mengecut dan mengetatkan semula rahim.



POKOK SERAI KAYU












Pokok serai kayu atau nama lainnya pokok salam sesuai untuk mengubat penyakit seperti kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi.Bahagian yang digunakan termasuklah daun, akar, kulit batang dan buahnya.Untuk diabetis melitus caranya dan tekanan darah tinggi, 20 helai daun salam direbus bersama tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali sehari sebelum makan pagi dan malam.Untuk mengubat cirit birit, daunnya direbus dan disejukkan sebelum dicampur dengan sedikit garam sebelum diminum.Akar dan kulit batang ia boleh digunakan untuk mengubat kudis dengan cara ditumbuk hingga halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut.
Posted by Unknown at 9:59 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Lagi Tumbuhan Yang Aneh Di Muka Bumi


Salam 1 Malaysia..


Tumbuhan merupakan 1 benda hidup yang terdapat di muka bumi ni.


Ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga.. ada yang berbuah dan juga yang tidak berbuah.. tapi hanya berbuah sahaja mempunyai buah.. yang x berbunga tiada bunga.. Ada yang pelik dan juga yang tak pelik..


Di sini aku nk ceritakan pasai tumbuhan yang agak pelik bagi diri ku.


Kalu hangpa rasa x pelik.. sori k.. Okey jdi apa lagi, lihat la sekarang..

10.Bleeding Tooth Fungus




tumbuhan ini boleh dimakan. jika anda tersesat dalam hutan dan sedang bayangkanlah segarnya ice cream silahkan menjilatnya ...

9. Chinese Black Batflowers ( Bunga Kelelawar Hitam China ...)





buah tergantung ini terlihat seperti kelawar tidur terbalik, seperti yang digambarkan di sini ...

dan disini


dan di sini


Oh, maaf ini adalah kelelawar yang sebenarnya.


8.Doll's Eye

disebut juga 'white baneberry'



7.Sea Anomone Mushroom/Octopus Stinkhorn



Berasal dari Australia



Kelopak merahnya yang mengerikan dan mengeluarkan bau untuk menarik lalat, yang kemudian menelan korbannya kedalam "gleba" dan mencernanya,


6.Devil's Claw



Tanaman ini dari Arizona, di mana mereka digunakan oleh masyarakat orang asli Amerika untuk menenun kain.



5. Porcupine Tomato (Tomato Landak)

Ini berasal dari Madagaskar, atau yang mendapat jolokan Little Australia




Selain dari yang tajam dan beracun, tomato landak adalah spesies berpotensi invasif,kerana payah untuk mati, walaupun dalam kemarau.


Tanaman ini tumbuh dengan cepat, dan mencapai tinggi 8 meter ,lebar 8 meter dalam jumlah yang relatif singkat.


4.Cedar-Apple Rust Fungus







3. Buddha's Hand (Tangan Buddha)



tangan Buddha adalah buah jeruk yang popular di China dan Jepun.



2. Chinese Fleeceflower




Orang China menggunakan tanaman ini dalam pengubatan tradisional mereka untuk kesihatan ginjal, tulang kuat dan kehitaman rambut, hemmm macam toyol jek tengoknya.



Menurut herbalists China tradisional, tanaman ini adalah ubat untuk segala sesuatu dari kolesterol tinggi dan masalah kewanitaan ...



1. Berbagai Tanaman Yang Pelik Pelik.

Banyak lagi info menarik berkaitan dengan tumbuhan pelik pelik ni, contohnya seperti Peter Poppe Red Hot pepper. Ini adalah stinkhorn umum, meskipun nama yang tepat adalah Phallus Impudicus.
Berikutnya adalah kaktus, variasi pada kaktus Bolivia.
Jika berminat, info mengenainya boleh la bertanyakan Pakcik Google.



~DUNIA DI HUJUNG JARI~

Posted by Unknown at 5:43 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2012 (13)
    • ▼  December (13)
      • Lycopersicon Esculetum
      • KHASIAT PETAI
      • Khasiat merunggai
      • Daun Jarum Tujuh Bilah merawat Kanser dan penyakit...
      • TUMBUHAN-TUMBUHAN HERBA POKOK PUDAK ...
      • Lagi Tumbuhan Yang Aneh Di Muka Bumi
      • ASSALAMUALAIKUM SEMUA....ade tips nak kongsi ney...
      • Bukan sahaja cantik tapi juga sihat
      • Apa Kata Dunia Tentang Tumbuhan Herba?!
      • koleksi pokok-pokok pelik
      • Khasiat Makanan Organik
      • Healthy tips : We are what we eat    Nie ad...
      • Khasiat Lidah Buaya!!!

.

.

Large Rainbow Pointer

widgeo.net
Awesome Inc. theme. Theme images by Ollustrator. Powered by Blogger.